Movie Review: KIL

/
0 Comments
Assalam :)

Hari Selasa lepas, saya pergi tengok wayang dengan kawan lama saya. Saja jumpa sebab masing-masing duduk jauh. Saya di USM , dia di UKM.

Apa yang saya boleh kata tentang filem KIL ni, ialah filem ni sangat bagus. *Thumps up*


cc: Google Image


Inilah poster setinggi saya yang menarik perhatian saya haritu. Kepala saya pun refleks senget. ^_^
Saya tak menyesal pilih KIL daripada BIKERS KENTAL waktu tu. Dah masanya jiwa saya yang inginkan sesuatu yang berbeza ni disuap dengan makanan santapan nilai kemanusiaan. Hai tiba-tiba bahasa saya jadi akademik.




Biar saya perkenalkan pelakon filem KIL ni:

Redza Minhat           : Akil (saya rasa tajuk filem diambil sempena nama watak Akil ni)
Christina Suzanne     : Zara
Dira Abu Zahar        : Salina
Harun Salim Bachik : Harun
Johan Iskandar         : Ejen LAB Akil (pelakon iklan Fisherman's Friend)
Hasnol Rahmat         : Johan Iskandar
Atilia                       : Bekas isteri Johan Iskandar
Juliana Evans          : pelajar sekolah menengah yang nak bunuh diri (cameo di awal filem)
Ella                          : Jiran Akil (Penampilan khas)

Mula-mula skrin mula tayangkan cerita pun saya dah mula tertarik. Saya dapat rasakan filem ni ada kesan macam filem Chow Kit. Cerita-cerita realiti yang hanya memaparkan perkara-perkara yang realistik. Jadi, penonton tak boleh harap yang akhirnya nanti kita akan tengok happy-ending. Cerita macam ni biasanya paradoks. Anti-cliche.

Cerita bermula dengan watak Akil yang cuba bunuh diri guna asap kereta di sebuah tapak parkir kereta. Dia cuba suffocated himself. Tapi akhirnya dia gagal. Dia sebenarnya seorang yang tak suka berkawan dan bergaul dengan masyarakat. Dekat pejabat misalnya, kawan-kawan dia pun takut nak tegur dia. Cuma ada seorang budak pejabat dia yang tomboy berani nak tegur-tegur dia. Akil ni pergi kerja naik KTM, dan dia duduk rumah flat dengan adik lelaki dia.

Nak tunjuk bahawa dia ni memang dah putus asa dengan hidup dia, dekat dinding bilik dia yang bercat kelabu, dia tulis macam-macam ayat bunuh diri macam, "Doctor asked me to take 2 pils, but I will take 10 instead.", " Just die if you want to die". Dan ada perkataan KILL yang besar sangat kat tengah-tengah tulisan-tulisan tu. Punyalah dia nak mati. Dan dia juga ada buku nota penuh dengan cara-cara bunuh diri yang semuanya gagal. Buktinya, dia masih hidup.

Satu hari tu, dia terjumpa flyers " Anda mahu bunuh diri? Hubungi 01XXXXXXXX"
Percayalah, dia telefon nombor tu dan flyers tulah yang membawa dia kepada LAB (Life Associate Bureau). Dekat sana dia jumpa Salina (Dira Abu Zahar) dan En Harun(Harun Salim Bachik). Lepastu pertemuan tu berakhir dengan dia bersetuju untuk dibunuh oleh ejen.

Selepas dia sain kontrak tu, hidup dia semakin baik. Dapat bonus, dapat jumpa Zara(Christina Suzanne). Akhirnya dia tak mahu mati. Tapi kontrak tetap kontrak. Dalam satu temu janji dia dengan Zara, Akil pernah tanya Zara apa kerja dia. Zara kata kerja dia ada kena mengena dengan hidup dan mati. Tapi lepastu penonton tak diberitahu apa pekerjaan Zara. Dan penonton sendiri akan tertanya-tanya siapa Zara sebenarnya. Apa kaitan Zara dengan LAB. LAB tu apa sebenarnya. Gimik kan? Itulah secara ringkas sinopsis filem ni.

OK. Secara keseluruhan dan jujurnya, saya katakan, betul filem ni sangat membuka mata saya. Dah masanya kita telan filem-filem bercorak kemanusiaan dan yang buat kita berfikir jauh tentang sesuatu.

 

Filem macam ni tak perlukan pelakon tu nak berpakaian lawa bermekap semata. Biasanya mereka lebih natural dan nampak neutral. Ayat -ayat yang digunakan kedengaran real dan tak dibuat-buat macam drama atau filem-filem David Teo (Maaf tapi saya memang tak suka tengok filem Metrowealth. Plastik sangat). Latar dengan sinematografi pun cantik. Latar tempat atas bangunan, bench dekat KTM station, panggung wayang lama, kampung, rumah taman, lorong-lorong gelap. Saya sangat suka.



Habis menonton tu, saya tertanya dengan diri saya sendiri, aku sayang hidup aku kan? Oh ya, satu lagi killer factor kenapa saya suka filem ni ialah lagu yang dimainkan di akhir babak masa tu Akil dan Zara berjumpa atas bumbung bangunan. Lagu MATI HIDUP SEMULA oleh Butterfingers. Dah lama saya dengar lagu ni, sejak saya mula kenal Viopipe melalui Hlovate. ^_^. Dah ada dua filem yang guna lagu yang sama : Chow Kit & KIL. Dan saya tahu kenapa mesti MATI HIDUP SEMULA...

Recommendation movie: 
Water (Hindi)
Black (Hindi)
Daisy (Korea)
Always (Korea)
White Silk Dress (Vietnam)
Chow Kit (Malaysia)
Cinta (Malaysia)
Sepi (Malaysia)
Windstruck (Korea)
Things we lost in the fire (America)

Adios. Bibi namet ------@


You may also like

No comments:

Powered by Blogger.